Sunday, 27 November 2016

PROMOSI S.I.H.A.T


PROMOSI S.I.H.A.T DALAM BAHASA ARAB


PROMOSI S.I.H.A.T BAHASA MELAYU


GAMBAR SEKITAR PELAKSANAAN INOVASI S.I.H.A.T
















T- TERUSKAN

T-TERUSKAN

T adalah akronim bagi teruskan. Prinsip teruskan ini membawa maksud, perkara yang telah diamalkan perlu diteruskan secara konsisten dalam usaha meminimumkan kesalahan bahasa dalam kalangan pelajar. Sekiranya konsep SIHAT ini diterapkan dalam diri pelajar dan berterusan diamalkan maka kelestarian bahasa dapat dipelihara dengan jayanya.

 

A- AMALKAN

A-AMALKAN

A adalah singkatan bagi amalkan. Pengamalan ini dilakukan sejurus selepas mereka sudah menyelidik dan menginovasikan  sesuatu pekara. Oleh itu, mereka haruslah mengamalkan apa yang telah mereka pelajari daripada hasil penyelidikan dan penginovasian tersebut. Sehubungan dengan itu, kesalahan bahasa  yang sama tidak akan berulang. Dengan adanya prinsip “amalkan” dalam konsep sihat ini, maka kesalahan-kesalahan bahasa yang menular dapat dibendung.

H- HALUSI

H-HALUSI

H ialah singkatan bagi halusi. Prinsip ini digunakan selepas inovasi adalah untuk memastikan bahawa perkara yang telah diinovasi perlu diperhalusi supaya tidak sia-sia.Jika tidak diperhalusi hal ini akan menyebabkan pelbagai kesan negatif.Contohnya inovasi yang dilakukan secara membuta tuli akan menyebabkan kekeliruan bahasa kepada masyarakat.Jadi prinsip HALUSI ini perlu dan amat wajar dilaksanakan selepas INOVASI.Contohnya, kita perlu membuat rujukan dari pelbagai sumber selepas melakukan sesuatu inovasi untuk memastikan ketulenan dan kualiti bahasa dapat dipelihara.