S SELIDIK
S-SELIDIK
S adalah singkatan bagi selidik. Apabila mereka mengamalkan konsep SIHAT ini mereka akan selidik terlebih dahulu sesuatu perkara sama ada perkara itu baik atau buruk. Melalui penerapan konsep selidik ini para pelajar akan menyelidik dahulu kesalahan tersebut sebelum menggunakannya seperti kesalahan bahasa yang lazim digunakan iaitu perkataan “MERBAHAYA”. Sudah terang lagi bersuluh bahawa imbuhan “MER” tiada dalam imbuhan awalan. Maka, para pelajar yang mengamalkan konsep ini tidak akan terus menerimanya. Sebaliknya, mereka akan selidik terlebih dahulu kesalahan tersebut, lalu mengatasi masalah itu dengan menggantikan imbuhan yang betul iaitu “BERBAHAYA”.
No comments:
Post a Comment