Sunday, 27 November 2016

PROMOSI S.I.H.A.T


PROMOSI S.I.H.A.T DALAM BAHASA ARAB


PROMOSI S.I.H.A.T BAHASA MELAYU


GAMBAR SEKITAR PELAKSANAAN INOVASI S.I.H.A.T
















T- TERUSKAN

T-TERUSKAN

T adalah akronim bagi teruskan. Prinsip teruskan ini membawa maksud, perkara yang telah diamalkan perlu diteruskan secara konsisten dalam usaha meminimumkan kesalahan bahasa dalam kalangan pelajar. Sekiranya konsep SIHAT ini diterapkan dalam diri pelajar dan berterusan diamalkan maka kelestarian bahasa dapat dipelihara dengan jayanya.

 

A- AMALKAN

A-AMALKAN

A adalah singkatan bagi amalkan. Pengamalan ini dilakukan sejurus selepas mereka sudah menyelidik dan menginovasikan  sesuatu pekara. Oleh itu, mereka haruslah mengamalkan apa yang telah mereka pelajari daripada hasil penyelidikan dan penginovasian tersebut. Sehubungan dengan itu, kesalahan bahasa  yang sama tidak akan berulang. Dengan adanya prinsip “amalkan” dalam konsep sihat ini, maka kesalahan-kesalahan bahasa yang menular dapat dibendung.

H- HALUSI

H-HALUSI

H ialah singkatan bagi halusi. Prinsip ini digunakan selepas inovasi adalah untuk memastikan bahawa perkara yang telah diinovasi perlu diperhalusi supaya tidak sia-sia.Jika tidak diperhalusi hal ini akan menyebabkan pelbagai kesan negatif.Contohnya inovasi yang dilakukan secara membuta tuli akan menyebabkan kekeliruan bahasa kepada masyarakat.Jadi prinsip HALUSI ini perlu dan amat wajar dilaksanakan selepas INOVASI.Contohnya, kita perlu membuat rujukan dari pelbagai sumber selepas melakukan sesuatu inovasi untuk memastikan ketulenan dan kualiti bahasa dapat dipelihara.

I INOVASI

I-INOVASI

I merupakan akronim bagi inovasi. Pelajar perlulah melakukan inovasi jika terdapat kesalahan bahasa dalam sesebuah artikel. Hal ini penting bagi memastikan bahasa kebangsaan kita tetap terpelihara. Inovasi ini adalah lanjutan daripada selidik.Pelajar yang mengamalkan inovasi ini bukan sahaja menerima kesalahan bahasa yang lazim digunakan sebaliknya mereka akan cuba mengambil inisiatif untuk membetulkannya dengan mempraktikkannya ketika berbual dan melayari laman sosial.

S SELIDIK


S-SELIDIK

S adalah singkatan bagi selidik. Apabila mereka mengamalkan konsep SIHAT ini mereka akan selidik terlebih dahulu sesuatu perkara sama ada perkara itu baik atau buruk. Melalui penerapan konsep selidik ini para pelajar akan menyelidik dahulu kesalahan tersebut sebelum menggunakannya seperti kesalahan bahasa yang lazim digunakan iaitu perkataan “MERBAHAYA”. Sudah terang lagi bersuluh bahawa imbuhan “MER” tiada dalam imbuhan awalan. Maka, para pelajar yang mengamalkan konsep ini tidak akan terus menerimanya. Sebaliknya, mereka akan selidik terlebih dahulu kesalahan tersebut, lalu mengatasi masalah itu dengan menggantikan imbuhan yang betul iaitu “BERBAHAYA”.

ANTARA CONTOH DAPATAN KAJIAN


LANGKAH MENDEPANI LEDAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

'BAHASAMU BEGITU BERHARGA'

S-Selidik
I-Inovasi 

H-Halusi
A-Amalkan
T-Teruskan


GAMBAR SEKITAR HARI PERTANDINGAN
























SESI PEMBENTANGAN PBL PERINGKAT NEGERI 2016



PENGENALAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Laman ini diwujudkan sebagai salah satu projek inovasi Bidang Bahasa SMKA SHAMS.
Idea ini adalah lanjutan daripada Pertandingan PBL peringkat Negeri yang berlangsung pada November 2016.
Diharapkan laman ini memberi maklumat kepada orang ramai tentang perkara yang kami usahakan.
Selamat melayari dan semoga memberi manfaat kepada semua.